
Ayuh perbaiki bacaan Al-Quran
Tak tahu nak mula dari mana?
Kami sedia membantu! Sesi personal mahupun dalam kumpulan kecil.
Al-Quran, Muqaddam, atau Iqra'.
Solat lebih sempurna
Bacaan surah Al-Fatihah wajib dibaca tepat supaya solat kita sah. Bacaan surah lain yang sempurna pula sangat dituntut untuk meningkatkan kualiti serta kekhusyukan solat kita sehari-hari.
Setiap huruf sepuluh kebaikan
Alif Laam Miim bukan satu huruf
"..tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf."


bakal imam
Tak lama lagi nak dirikan masjid
Jom naiktaraf tahap bacaan Al-Quran. Nanti nak bimbing isteri dan anak-anak baca Al-Quran. Semoga menjadi saham besar untuk akhirat kita nanti.
baiki satu per satu
Guru ulang baca lagi dan lagi,
sehingga anak murid berjaya sebut dengan betul. Bukan guru perdengarkan sahaja kepada murid.

Al-Quran Sebagai Syafaat
“Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. (Riwayat Muslim, 804)
latih tubi
Sehingga Elok
Kami perdengarkan, kemudian murid ikut. Ulang baca bersama-sama sehingga murid dapat baca dengan baik. Tidak maju ke mukasurat/surah baru sehingga bacaan betul.
tajwid
Teori & Praktikal
Murid didedahkan dengan tajwid – kenapa bacaan di sini perlu panjang, kenapa bacaan di sana perlu dengung, kenapa tak boleh dengung, di mana yang kena tebal, di mana yang kena nipis, dan sebagainya.
personalised
Pace masing-masing
Melalui sesi personal, pembetulan dan latih tubi adalah mengikut tahap murid masing-masing. Tiada yang terpaksa menunggu kawan lain yang memerlukan masa yang lebih banyak untuk elokkan bacaan.
perlu sabar
Kualiti, bukan kuantiti
Murid atau ibubapa perlu terapkan dalam minda bahawa kita bukan mengejar khatam awal. Kualiti adalah keutamaan. Kita tak ingin murid khatam awal semata-mata nak khatam, tetapi kualiti bacaan diketepikan.
Guru berkualiti dan berpengalaman
Guru berdedikasi, keluaran maahad tahfiz terpilih, lulusan Darul Quran, seterusnya Sarjana Muda Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangs Malaysia (UIAM). Mempunyai tauliah mengajar Al-Quran & Tajwid yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah.
pakej permulaan
RM100
Sesi personal 1-to-1. Sesi 30 minit. Sekali seminggu. Sesuai untuk pemula.
pakej pertengahan
RM200
Sesi personal 1-to-1. Sesi 30 minit. Dua kali seminggu. Untuk mereka yang lebih serius ingin elokkan bacaan.
perlu kelas ekstra?
Anda tentukan sendiri!
Jika anda @ anak anda serasi dengan guru, dan inginkan lebih sesi talaqqi, hubungi kami bila-bila masa untuk sesi tambahan.Semoga Allah berkati dan permudahkan urusan anda memperbaiki mutu bacaan Al-Quran.

Praktis di rumah
Sesi mingguan bersama guru adalah waktu menyerap ilmu dan perbaiki kesilapan bacaan. Faktor utama kejayaan membaiki bacaan sangat bergantung kepada sebanyak mana murid praktis sendiri selepas sesi coaching, sama ada di rumah, di pejabat, sewaktu memandu dan sebagainya!
Angka Statistik
Berikut adalah hasil kajian celik Al-Quran yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada tahun 2022;
67%
Pelajar yang mengambil Bahasa Arab (SPM) lemah dalam membaca Al-Quran.
30%
pelajar yang mendapat skor Sederhana, dan
3%
sahaja pelajar yang skor pada tahap Tinggi.
Anda dalam golongan mana?
Jangan risau. Tak kiralah anda di tahap mana, kami sedia membantu. Mari bersama-sama kami membina masyarakat yang terbaik, iaitu mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya!

Ayuh!
Daftar segera! Kami akan bantu anda dengan sebaik mungkin.
Semoga Allah bantu kita semua dalam memartabatkan Al-Quran dan membantu mendekatkan masyarakat dengan Al-Quran.
Done
Urna porttitor rhoncus dolor purus enim praesent. Est ultricies integer quis auctor elit. Auctor eu augue ut lectus arcu aliquam purus sit venenatis lectus magna fringilla urna.